Friday, September 19, 2008

Ramadhan


Kita masih lagi berada di bulan Ramadhan. 19th haribulan Ramadhan bermakna 19 hari kita telah berpuasa. Bulan Ramadhan adalah bulan puasa, bulan yg mulia. Bulan yg penuh keberkatan. Bulan yg dibuka pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan. Mari lah kita sama sama lakukan amalan di bulan yg mulia ini kerana di bulan ini lah, setiap apa pun yg kita lakukan, balasannya akan di gandakan oleh Allah. Di bulan ini juga jika kita berpuasa dengan penuh keimanan dan keiklasan nescaya Allah akan ampunkan segala dosa kita yg telah lalu.

Esok adalah hari ke 20 kita berpuasa. Esok mlm adalah mlm 1 leko. Itu bermakna Hari Raya sudah hampir tiba. Anak2 seperti biasa adalah org yg pertama sekali yg tidak sabar untuk menyambut Hari Raya. Maklumlah waktu itu mereka boleh bergaya dgn baju baru dan boleh mendapat duit collection.

Masih ada lagi yg belum complete seperti kasut anak2, accessories dan mcm2 lah lagi. Tak tau lah sama ada cukup ke tidak masa lagi untuk menyiapkan keperluan mereka.
Maklumlah bulan puasa tahun ini, aku harus bekerja tidak seperti tahun2 yg lalu. Sbabnya adalah kerana gerai melayu yg satu lagi itu sudah mengundurkan diri. Sudah give up. Tidak mahu teruskan berniaga. Alasannya adalah tidak ada bussiness.

Aku worried sekarang kerana takut tidak dibenarkan tutup pada 29th haribulan Sept. Iaitu 2 hari sebelum Hari Raya. Aku sudah mohon kepada sekolah tapi masih belum ada jawapan lagi.
Hari itu adalah hari untuk menganyam ketupat. Seperti tahun2 yg lalu, memang ketupat adalah tugas aku. Seperti biasa semua kaum kerabat ku akan dtg ke rumah untuk menjayakannya dan berbuka puasa bersama. Rumah ku akan menjadi riuh rendah. Seronok. Suasana raya akan terasa ketika itu.
Marilah sama2 kita berdoa agar aku akan dikurniakan cuti pd tanggal 29th hb Sept yg akan dtg.

No comments: