(Sudah lama aku karang barulah sekarang aku dpt publishkan kerana ketika itu gambar belum upload).
Alhamdulillah...hari ini kita sudah sampai ke penghujung bulan Ramdhan. Esok adalah Hari Raya. Hari yg di nanti nantikan oleh kita semua, lebih lebih lagi anak2 kita. Hari kunjung mengunjung kerumah sanak saudara dan sahabat andai. Hari untuk kita saling maaf bermaafan sesama insan. Maklumlah kita ini hanya lah insan biasa yg tak terlepas dari melakukan dosa sama ada dengan sengaja ataupun tidak.
Semoga di bulan syawal ini dibukakan pintu hati kita agar dpt bermaaf maafan sesama kita. Sedangkan nabi maafkan umatnya dan sedangkan Allah maafkan hambanya. Apa tah lagi kita ni hanya lah manusia biasa. Mengalah tidak bererti kalah.
Dalam Islam berdendam itu adalah satu dosa. Biarlah Allah saja yg membalas segala perbuatannya. Siapa lah kita untuk membalasnya.
Dua tiga hari yg lepas sebelum hari raya, aku agak sibuk. Pada hari Sabtu, 27hb sept, aku, Ani dan Nur, Long, Nizam dan Ika ke bazaar. Kami berbuka puasa di Arnold kerana mengidam, dulu pergi tak dpt buka disana.
KAMI BERGAMBAR DI CITY PLAZA SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA.
Hari Minggu pula, 28hb Sept, aku sekeluarga membesihkan rumah dan melakukan persiapan menjelang raya. Haizul juga tidak ketinggalan pd hari itu untuk membantu. Dia merayu dgn aku agar membenarkannya cuci toilet. Aku tak kuasa dan benarkan dia cuci kerana dia tidak akan diam selagi aku tak kasi.
DENGAN SEMANGATNYA HAIZUL MENCUCI TAOILET
Malamnya pula kami sekeluarga ke rumah Asnah, adik aku yg bungsu, untuk berbuka puasa. Umar, abg aku yg sorang tu pun tidak ketinggalan juga di jemput. Hari itu kami berbincang, berapa haribulan hendak ke Serawak kerana Seron bukan senang nak dpt cuti. Kena cari hari yg cuti panjang. So Seron kata hari raya haji boleh.
Tiba tiba si Umar tanya aku tentang balik kampung. Dia marah marah kerana aku tak balik kampung. Dia kata padan lah tak balik kampung rupanya pasal nak pergi Serawak. Aku rasa si Umar ni kan sebenarnya nak men-no-pause agaknya. Kalau dia nak balik kampung tu balik lah yg dia nak naik angin dengan aku tu apa pasal. Kenapa mesti nak paksa orang. Dia pun barulah ni ingat nak balik kampung sebab dah single. Kalau dulu, tak usah kata nak balik kampung, nak jenguk mak dan abah yg kat sini pun jarang. Apa lagi nak jenguk kita adik beradik. Balik balik dia pergi Surabaya. Lagi tak berfaedah. Ada aku larang dia.
Untuk pengetahuan dia, sebelum dia rancang nak balik kampung, aku dan Asnah sudah rancang nak mkn angin pd bulan 12 ketika kita di Pulau Besar dulu. Kalau aku tak pergi mana2 pun pd bulan 12 ini, aku tetap tidak balik kampung. Belum ada seru agaknya. Aku tidak melawat mereka tidak bermakna aku sudah lupakan mereka semua. Dulu aku sudah puas ke sana cuma aku rasa sekarang jika aku ada peluang untuk melihat tempat tempat yg lain sudah pasti aku mau melihat tempat yg lain.
Sudah lah cerita pasal dia memang menyakitkan hati. Berbalik pula pada cerita aku.
HAIZUL BERMAIN DGN KUCHING DI RUMAH ASNAH
Pada hari Isnin pula, aku ke sekolah utk buka kedai. Aku tak mau pening-pening kan kepala. Aku jual cuma 3 macam makanan yg senang2 dan aku pulang pd pukul 11 lebih pagi. Miyah kena tunggu sampai petang. Pulang saja ke rumah, Haizul suruh aku hantar dia. Balik hantar Zul, aku pun teruskan kerja aku menyiat daun ketupat sebanyak 200 helai. Habis saja aku siat daun, Ani pun sampai dalam pukul 2 lebih gitu. Orang Pasir Ris sampai dah petang. Dlm pukul 5. Riuh rendah hari itu kat rumah aku. Memang setiap tahun begitu, semua gotong royong menganyam ketupat dan berbuka di rumah aku.
Hari ini dlm pukul 6.15 pagi aku sudah mula mengisi beras ke dlm ketupat. Habis isi pukul 10.30pagi. Mula hidupkan arang di anglor. Nas turut membantu selepas dia pulang dari sekolah. Mula merebus pukul 11.30. Angkat ketubat pukul 5.30ptg. Kerja menangkat ketupat adalah kerja Seron.
Sudah beberapa tahun lama nya pabila kami berkumpul, aku sentiasa merasakan kurang lengkap dengan ketiadaan seseorang. Jika berkumpul dgn disini, yg disana tiada. Jika berkumpul dgn yg disana, yg disini tiada. Aku sentiasa mengharap tanpa jemu agar kehilangan yg aku rasakan akan berakhir. Insya'allah. Aku tahu harapan ku ini memang berat.
Masing2 marah, masing2 terluka dan masing2 tidak mahu mengalah. Apa yg tersurat di hati mereka, aku kurang pasti. Tetapi yg aku pasti adalah mereka mempunyai pendirian sendiri. Pendirian yg tidak boleh di ubah oleh sesiapa pun mau pun atas dasar paksaan. Hanya mereka sendiri lah yg bisa mengubah pendirian mereka itu. Hanya satu saja harapan ku agar mereka berpegang pada pendirian biarlah yg baik.
No comments:
Post a Comment