Monday, August 11, 2008

Kecewa

Aku rasa kau memang buta. Kau lah satu2 nya anak yg tak tau bersyukur dengan aper yg kau perolehi selama ini. Kau lah manusia yg tak kenang dek untung. Tak tau hargai kasih sayang yg selama ini mak dan bapak kau berikan. Kenapa sebelum kau tuduh kami kau tanya diri kau sendiri? Apa yang telah kau lakukan?

Jika mood kau tak baik, aku tanya kau jawap dengan tinggi suara. Aku angkat kaki , aku jalan saja tanpa berkata aper2. Bukan sekali dan bukan dua kali. Kau lukakan hati aku. Kau lupa yg aku ni mak kau bukan adik2 kau.

Setiap kali aku tegur kau tak suka. Kau langsung tak peduli kan teguran aku. Kau tetap pakai dan lakukan aper yg aku tak suka. Sehingga berbulan lama nya aku sabar menunggu kau berubah. Tapi kau lakukan juga . Kenapa? Kesabaran seseorang itu ada batasnya. Kenapa kau mesti nak tunggu aku naik angin baru kau nak berubah?Kau hanya gembira dengan kami pabila semua kemahuan kau kami turuti.

Untuk pengetahuan kau aku tak pernah tulis tentang kabaikan adik2 kau disini. So kenapa pula aku mesti tulis tentang kebaikan kau pula. Dan aku juga sebenarnya tak suka tulis tentang keburukan keluarga aku di sini. Tapi siapa yg mula dulu? Bukan ke kau? So jgn nak salah kan orang lain.
Bagi aku keburukan keluarga aku adalah soal peribadi aku. Bukan untuk seluruh dunia tahu.Dan apa pun yg aku perlakukan terhadap kau ataupun adik2 kau adalah bukan untuk diceritakan di sini.

Aku perlakukan adik2 kau sama dgn apa yg aku lakukan terhadap kau. Adik2 kau tak mintak balik mlm. Adik2 kau tak pakai pakaian yg menjolok mata. Adik2 kau bantu aku dirumah. Adik2 kau juga aku marahi. Ira yg banyak ikut aku kemana2 kerana itu adalah kemahuannya sendiri. Dan dialah yg paling slalu aku marahi. Diluar pun kalau aku nak marah, aku marah dia. Tapi dia tidak bersikap sensitif seperti kau bila aku marah. Dia mendengar nasihat aku. Mereka juga harus ikut undang2 di rumah ni. Tapi org yg banyak bantah aku adalah kau. Cara kau sedikit sebanyak ingin mengikut cara hidup org barat.

Kau tuduh kami lebihkan yg lain daripada kau. Padahal nasib hidup kau sehari harian, kau yg pilih sendiri. Kau pilih kawan yg lebih suka buang kan masa di luar. Kau pilih kawan yg tak suka belajar. Kau pilih kawan yg hanya ingin kan kebebasan. Kau pilih kawan yg berlagak seperti org kaya. Semua pakai mesti nak yg branded. Itu semua adalah pilihan kau. Jika ini lah cara hidup kau selama lamanya, kau akan jadi manusia yg gagal dlm hidup.

Setiap perbuatan ada balasannya. Buat baik, balasannya baik. Buat jahat, balasannya jahat. Kalau suka luka kan hati org, lebih lebih lagi hati kedua org tua kau, balasannya hati kau pula akan terluka. Jika kau rasa kau terasing daripada keluarga kau, itu adalah pilihan kau sendiri.
Sayang aku pada anak2 bukanlah memberi segala kemahuan mereka tetapi sayang aku pada anak2 adalah untuk mendidik dan membimbing mereka sehingga mereka menjadi manusia yg berjaya. Biarpun aku tahu cara aku ini tidak disukai oleh mereka tetapi aku yakin dengan diri aku sendiri.

Kebahagiaan aku adalah apabila bersama keluarga.

No comments: