Friday, September 19, 2008

Berbuka di Luar



Ini adalah gambar Nizam dan Basri berbuka puasa di dalam hujan gara-gara berbuka diluar sebelum ke Bazaar. Jangka nya hari itu ingin berbuka di Arnold yg terletak di City Plaza tingkat 2. Malangnya hari itu sudah fully book. Jika kita mahu, pukul 8.30mlm baru ada kosong. Dah gila ke aper nak suruh kita berbuka pd pukul 8.30 mlm. Aku terus mengajak yg lain pergi ke empat lain. Akhirnya kami bercadang utk berbuka di Banquet yg berdekatan dgn tempat itu.

Setibanya kami di sana keadaan memang tak begitu teruk. Kami dpt tempat pun memang cun cun untuk semua. Waktu itu hujan hanya gerimis saja. Malangnya bila dekat dekat tiba waktu hendak berbuka pula, keadaan menjadi tak tentu arah kerana hujan semakin lebat. Tempat duduk kami pula tiada teduh. Huru hara jadimya. Kami semua beralih mencari tempat teduh tetapi Nizam tetap duduk disitu dengan ideanya yg baik dgn mengunakan payung. Basri pun turut serta bersama Nizam. Tak percaya lihat lah gambar di atas.
Perasaan ketika itu bercampur aduk. Marah, geram dan gelihati pun ada.

Setelah kenyang kami pun meneruskan perjalanan kami ke Bazaar.

No comments: