Aku sebenarnya memang dah malas nak tulis blog. Tapi nampaknya,
aku diam diam, menjadi jadi. Ceritakan cerita sedih supaya boleh mendapatkan belas ikhsan dari org lain yg tidak tahu hujung pangkal. Tak habis2 mempersalahkan aku.
Jika aku di beri peluang untuk memilih antara bekerja dgn tidak bekerja, of course lebih baik tidak bekerja. Tapi aku bekerja kerana terpaksa. Aku hidup susah selama berbelas tahun lamanya. Mcm2 pengalaman yg telah aku lalui. Mcm2 jenis org yg telah aku kenali dan mcm tomahan yg telah aku hadapi. Namun aku tetap tabah dan teruskan hidup ini semata mata adalah kerana anak2 aku .
Aku tidak sampai hati apabila anak2 aku ketika itu tidak mempunyai kehidupan yg mewah seperti anak2 org lain. Lebih lebih lagi apabila mereka tidak memperolehi barang2 yg mereka kehendaki.
Aku terus bertekad pada diri aku sendiri untuk keluar bekerja. Alhamdulillah walaupun agak sukar pd mulanya untuk mendapat kerja, aku tidak berputus asa.Akhirnya aku perolehi jua. Maklumlah kelulusan pun tak tinggi. Diam tak diam, sekarang aku sudah bekerja kira kira 4 tahun lamanya. Pendapatan suamiku pun kelihatan bertambah baik. Kehidupan kami semakin hari semakin cerah. Syukur aku kepada Allah.
Boleh di kata almost permintaan anak2, kami tunaikan mengikut kemampuan kami.
Kami gembira apabila melihat anak2 kami gembira. Kami gembira setiap kali dapat membelikan apa yg mereka ingin kan.
Tetapi aku kesal. Kesal kerana mereka tidak tahu membeza kan antara sayang dan benci. Tidak tahu membezakan antara betul dan salah.
Sayang tidak bermakna memberikan segala galanya. Sayang tidak bermakna kita harus mendiamkan diri di atas apa yg mereka lakukan dan galakkan apa jua yg mereka lakukan walaupun ianya melanggahi undang2 ugama dan bangsa kita.
Memakai baju yg menampakkan longkang dan menampakkan hampir separuh buah dada itu betul? Memakai baju yg jarang dan tipis sehingga menampakkan coli itu adakah betul? Memakai skirt yg jarang sehingga menampakkan seluar dlm adakah itu betul?
Memakai itu semua adalah sama seperti tidak memakai baju. Ianya sama seperti telanjang. Bukan kan lebih baik keluar telanjang. Tak payah buang2 duit beli pakaian.
Dimanakah letaknya maruah kau sebagai seorang wanita . Menunjukkan org ramai tubuh badan kau dengan percuma , lebih2 lagi org lelaki. Jika perempuan2 di luar sana memakai pakaian serupa telanjang itu adalah semata mata untuk memikat lelaki, maka lelaki yg terpikat itu adalah lelaki yg hanya ingin kan tubuh kau saja . Bukan ingin kan kau. Kenapa bodoh sangat menunjukkan tubuh kau dgn percuma pada lelaki yg begitu. Tubuh kita adalah untuk lelaki yg telah kita nikahi, iaitu suami kita.
Berpakaian begitu bukan saja salah dari pandangan mata tetapi salah juga dari segi ugama. Kenapa perkara ini semua kau anggap tidak salah?
Tubuh badan wanita tidak ternilai harga nya tetapi zaman sekarang wanita meletakkan harga diri mereka begitu rendah sekali. Sehingga mudah boleh diperolehi oleh sesiapa saja. Yg ada tu sengaja serahkan tubuh nya pada mereka. Masa'allah.
Sudah tiada segan silu dan sudah tiada sifat malu.
Jodoh semua sudah ditentukan. Tak perlu berpakaian menjolok mata semata mata untuk memikat lelaki. Jika jodoh sudah sampai, berpakaian sopan pun akan dapat laki.
Bila mak tegur, mak yg salah kerana tidak diberikan kebebasan. Kalau kebebasan yg itu lah yg diinginkan, kau langkah mayat aku dulu. Kalau aku dah matipun kau bersikap seperti perempuan murahan, aku akan cari kau hingga ke liang lahat.
Anak2 sekarang memang sudah terlalu manja dan melampau. Rumah di buat seperti hotel. Balik saja duduk di dalam bilik mengadap computer atau TV. Atau kedua2nya sekali. Situa ni balik dari kerja penat2 bukan disediakan air ke atau senangkan hati kita, ditanya masak apa hari ini?
Disuruh cepat masak kerana lapar. Kalau masak makanan yg tak diminati, mengeluh. Selesai si tua masak mereka pun keluar makan. Setelah makan cuci pinggan sebiji untuk sendiri. Selesai minum, cawan di tinggalkan disitu saja. Bila hendak tidur malam situa akan kutip semua cawan2 dan sampah2 yg diserakkan daripada makanan tit bits. Walaupun setelah penat bekerja di luar, pulang ke rumah harus terus kan kerja dirumah pula. Sedikit rasa simpati pun tidak ada. Walaupun badan ini kadangkala terasa terlalu penat dan sakit, namun kerana tanggung jawap, kita lakukan juga. Tetapi kenapa anak2 tak dpt melakukan tanggung jawap mereka sebagai anak. Tak dapat bantu banyak, sedikit pun jadilah lakukan kerja rumah sekurang kurangnya ringan sikit kita rasa. Ini tidak, mereka hanya penting kan diri sendiri. Tidak perduli langsung tentang rumah tangga. Selfish!
Sebaliknya kita akan di benci dan disumpah seranah kerana melarang keluar rumah sehingga mlm2 hari. Itupun dia kata dia tak salah.
Aku tidak kasi pulang mlm kerana bersebab. Waktu yg penuh maksiat di luar adalah mlm. Waktu yg sangat merbahaya diluar adalah mlm. Waktu yg banyak penjahat diluar adalah mlm. Tetapi mlm juga waktu yg dipilih untuk keluar. Kenapa? Aku benar2 tak faham. Kemana pun kau pergi waktu siang hari tak pernah aku larang. Kebebasan macammana lagi yg kau inginkan.
Kau inginkan kebebasan seperti kawan2 kau. Bila keluar dan pulang hingga lewat mlm. Apa yg kawan kau buat semua kau mesti buat. Apakah bila kau mati kawan kau akan selamatkan kau keluar daripada api neraka? Apakah bila kehidupan kau melarat di kemudian hari kawan2 kau akan kutip kau dan tanggung kau? U dream on.
Untuk pengetahuan kau neraka dan syurga itu wujud. Aku di lahirkan sebagai org islam dan begitu juga anak2 aku. Sebab itu aku akan didik anak2 aku sebagai org islam so jgn berlagak seperti org kafir. Org kafir syurga mereka memang di dunia sebab itu apa pun mereka buat adalah untuk keduniaan saja. Tetapi kita lain, kita harus lakukan untuk dunia dan juga untuk bekalan di akhirat. Faham!
Pandangan aku jauh untuk masa depan anak2 aku semua. Aku inginkan mereka jadi manusia yg berjaya di masa hadapan. Bukan untuk aku tetapi untuk mereka sendiri. Sebab itu aku akan lakukan apa saja untuk masa hadapan mereka. Agar bila aku mati kelak, aku akan mati dengan hati yg tenang. Harapan aku sebelum aku pejamkan mata buat selama lamanya...biarlah mereka semua sudah menjadi manusia yg berjaya dan sudah boleh berdikari.
Muka yg jambu dan handsome, harta yg melimpah boleh ditarik semula oleh Allah dgn sekelip mata kerana dunia ini hanya pinjaman sahaja. Ianya tidak akan kekal. So jgn terlalu lupa diri sehingga tidak beringat ingat bila melakukan sesuatu. Dia boleh tarik nyawa kau bila2 masa yg dia inginkan walaupun belum sempat bertaubat.
So think before u do kerana ALLAH melihat apa yg kau buat.
Friday, August 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment