Wednesday, February 4, 2009

Haq


Diambil Pada 2hb Oct 2008



Diambil Pada 9hb Jan 2009

Nama dia Mohd Nurani Haq. Nama timanggan nya adalah Haq. Dia adalah teman Haizul tetapi mereka tidak sedarjah. Dia juga murid darjah 2 tahun ini. Selalu dtg ke kedai aku untuk makan. Makanan kegemarannya adalah prata tanpa gula dan tanpa kuah dan taruh di dalam plastik. Dia akan makan prata itu sambil berjalan.
Tahun lepas dia makan 2 keping prata waktu datang ke sekolah dan 2 keping prata pada waktu rehat. Pada mulanya aku keberatan juga nak kasi dia 2 keping kerana aku takut dia tidak boleh habis. Ternyata aku salah. Tahun ini pula dia makan 3 keping prata waktu datang sekolah dan 3 keping prata pada waktu rehat.
Pertama kali aku beri dia prata warnanya agak gelap sikit. Dia kata pada aku begini, " mak cik, tak nak yg gelap, nak yang putih dan yang lembut". Aku tersenyum bila mendengarkan kata kata nya itu. Suatu hari aku terlupa lalu aku tertaruk gula di dalam prata nya. Dia pun berkata pada aku, " ehhh...tak mau gula".
Aku suka layannya kerana dia bijak dan cute. Dia pun suka aku layan dia. Jika dia datang ke kedai aku dan aku tiada, dia akan tanya pembantu aku begini, " mak Haizul mana"? Dia nak aku juga yang layan dia. Jika pembantu aku nak layan dia, dia akan nyatakan, " tak mau, nak dia tu" sambil menujukkan jarinya pada aku.
Hati yang susah, risau ataupun boring boleh terhibur bila bertemu dengan anak anak yang sebegini.

1 comment:

AzieSeron said...

EH ALAMAK UPDATE LAH!!!