Thursday, January 29, 2009

Haizul Ali Bin Seron



Ini ada lah gambar Haizul Ali Bin Seron. Anak aku yg ke 4. Yg bungsu. Nama manja atau boleh dikata nama timang timangan nya adalah Zul.

Kita semua telah pun maklum bahawa se nya semua manusia di dunia ini mempunyai sifat keunikan yg tersendiri. Ingin sekali aku bentangkan di sini keunikan Zul yg semula jadi. Dia mempunyai sifat tersendiri yg kadangkala membuat org semua geram dgn kelucuannya. Hairan dgn kebijaksanaannya dan geram dgn kenakalannya. Dia juga adalah seorg anak yg degil dan keras hati. Dia mempunyai 2 pusa di kepalanya. Org kata kalau sesiapa yg mempunyai 2 pusa di kepala, org itu degil. Aku rasa ada kebenarannya juga kerana aku mempunyai 4 org anak. Haizul seorg yg mempunyai 2 pusa kepala dan dia juga lah yg paling degil. Kadang2 stress juga aku nak melayankan kedegilannya.

Dia bersekolah disekolah rendah Changkat, sekolah dimana aku bertugas. Setiap hari aku akan kesekolah dan pulang bersamanya. Dia peramah, tidak kira dengan sesiapa saja yg dia jumpa dia akan tegur, berbual, senyum dan berkawan.
Di sekolah, guru2 yg mengenalinya akan mengatakan dia cute. Mereka suka melayannya. Begitu juga pada OM(Operation Manager). Kalau dia tak dapat cari Zul, dia pasti dtg kepada aku dan menanyakan dimana Zul. Chinese New Year, OM cari Zul untuk beri dia ang pow. Tapi tak jumpa. So OM came to me n passed the ang pow to me. Zul sentiasa menghilangkan diri di sekolah. Tak taulah kat mana saja dia bermain bila waktu rehat.
Tanpa pengetahuan aku semalam, Zul pergi ke dentist sekolah pada waktu rehat. Dia masuk ke dlm dan nyatakan kepada dentist, "I want to pluck my tooth". Hahaha! Keluar dari dentist dia dtg kepada aku. Dia nyatakan pada aku yg dia akan ke dentist lagi esok. Dia kata dia mahu dentist cabut lagi satu gigi. Dia memang mempunyai 2 gigi susu di bahagian bawah yg sudah goyang.
Seumur hidup aku belum pernah aku jumpa budak yg suka jumpa dentist dan tak takut jumpa dentist. Aku dulu waktu sekolah kalau dpt kad jemputan dari dentist, aku sudah ketakutan, tapi Zul, bukan dentist jemput dia tetapi dia yg serahkan diri. Geli hati aku bila memikirkan nya.
Boleh dikatakan sifatnya memang luar biasa dari budak2 yg sebaya dgn nya. Kadang kala dia berfikiran seperti org dewasa.
Aku mempunyai 4 org anak dan semuanya mempunyai sifat keistimewaan yg tersendiri.


LIHAT GIGI NYA 2 YG DI BAWAH SUDAH BOGEH.

No comments: