
Hi! Kepada semua pembaca2 yg mengenali diri ku dan juga pd yg tak mengenali
diriku.
Hari ini aku tidak skolah. Maklumlah peperiksaan sudah habis. Jadi hari ini adalah hari marking day. Esok pula adalah hari cuti umum Deepavali.Wow! syok juga aku bercuti selama 2 hari. Tapi hari Jumaat harus ke skolah semula. Aku kira2 hanya tinggal minggu hadapan saja lagi utk ke skolah sebelum cuti penggal akhir tahun. Aku harap cuti tahun ini tak ada cik gu yg akan mencari aku. Maklum... guru besarlah katakan...ehem!
Pada hari Sabtu pula aku harus ke skolah kerana Haizul ada orientation. Sedar tak sedar Haizul sudah masuk darjah satu tahun hadapan. Bagaimana agaknya si onyok aku tu masuk darjah satu ya. Sama2 lah kita nantikan.
Hari Raya sudah sampai ke penghujungnya. Lega rasanya.
Babak Raya sudah habis. Kini babak utk persiapan persekolahan anak2 pula yg harus aku hadapi.
Yg ada sudah habis'O' level. Dan yg ada belum lagi. Kepada semua yg mengambil 'O' level, aku doa kan semuga kamu semua mendapat keputusan yg cemerlang. Kita di galakkan utk menuntut ilmu hingga kita ke liang lahat. Ilmu dunia dan juga akhirat. Tanpa pelajaran kita tidak boleh pergi kemana. Tetapi selagi kita berusaha selagi itu lah kita akan berjaya.
Pesanan ku utk anak2 muda zaman ini.Allah maha kaya. Buat yg baik di balas baik, buat jahat di balas jahat. Durhaka pd org tua, Allah akan murka. Setiap yg terjadi pd diri kita adalah balasan dari apa yg kita lakukan. Sama ada yg baru ataupun yg sudah lama. Jadi ingatlah kalau inginkan kehidupan yg baik, buatlah yg baik2.
Akan aku akhiri coretan ini dgn pantun nasihat yg berbunyi begini:
Berakit-rakit kehulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian
Sekian. Wassalam.

No comments:
Post a Comment