Friday, September 14, 2007

Bulan Puasa



Hari ini adalah hari ke 2 kita berpuasa*Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari* Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh* Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri* Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi* Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa saja*

Keluarga aku menyambut bulan puasa dgn ghairahnya* semuga ianya akan berkekalan hingga ke akhir Ramadhan* Yg paling aku terperanjat sekali apabila onyok aku (Haizul) berpuasa penuh selama 2 hari ini* Geli hati aku apabila hari pertama kita berpuasa dia hendak rasa betik yg di potong oleh Ira* Nasib baik dia belum masuk mulut lagi, kita terus ingat kan yg dia berpuasa* waktu itu lagi 10 minit sudah masuk waktu berbuka* Dia pun letakkan betik itu semula dengan tersenyum* Aku rasa dia dah terlupa* Anak2 sebenarnya ghairah berpuasa kerana ingin menyambut Hari Raya*

Tahun ini tidak seperti tahun2 yg lalu, dimana setiap kali ingin menyambut Hari Raya, aku dan suami ku merasa begitu tertekan sekali kerana memikirkan di mana kah harus mencari duit utk menyempurnakan keperluan2 anak2 aku* Aku merasa bersyukur kerana anak2 ku tidak cerewet* Mereka memahami masaalah aku dan membeli keperluan mereka mengikut kemampuan aku*

Semoga bulan yg mulia ini kita sama2 dpt menjalankan ibadah dgn sempurna dan semoga kita menjadi org yg bertakwa kerana sepanjang bulan Ramadhan ini, dibuka segala pintu syurga dan di tutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan*
AMIN!

No comments: