Friday, December 21, 2007

Hari Raya Haji

Semalam adalah Hari Raya Haji. Hari Raya Haji, Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban adalah merupakan perayaan yg di rayakan di seluruh dunia. Ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan printah Allah dan kesababaran anak nya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah.

Sempena Hari Raya Korban, aku pun ada membuat satu pengorbanan. Aku Korbankan waktu tidur aku...hahaha! Pagi pagi lagi sudah bangun. Masak sambal sotong kering kerana atas permintaan ramai. Setelah masak, hantar ke rumah Ani kerana tahun ini kami semua bercadang untuk berkumpul disana.
Aku kerumah mertua dahulu kemudian baru kerumah dia. Bila aku tiba dirumah ani semua org sudah ada. Termasuklah semua anak2 saudaraku yg tersayang(anak umar tiada).

Aku juga berjumpa 2 anak saudara ku yang baru berumur lebih kurang 9 bulan. Lihat perbezaan mereka berdua. Sungguh berbeza sekali. Yang 1 kusmangat dan yang lagi 1 pulak tu...coomel sekali. Tak caya lihat sendiri.




Waktu umur sebegini, bila kita belai dan kita sayang, mereka suka, gembira dan ketawa. Tapi bila sudah dewasa, mereka pun sudah mula hendak mendabik dada, sombong dan bongkak. Mulut celupar macam mulut @#$%&. Segala pengorbanan kita dah tak dihargai lagi. Bila mengambil tahu hal mereka, kita dituduh kepo, busybody, menyebok, pathetic dan macam macam lagi. Hati mereka sakit dan tak boleh terima jika kita ambil tahu hal hidup mereka. Sehingga mereka lupa yang kita ni orang yang lebih tua mereka. Tak habis habis mempunyai perasangka buruk tehadap kita. Tapi kita akan disayangi jika kita puji mereka berbakul bakul. Setuju dan sokong mereka seratus peratus dengan apa yang mereka lakukan. Turut segala kehendak dan kemahuan mereka.

Demi kerana kewajipan, kita tak pernah putus asa untuk membimbing mereka walaupun kita di sumpah dan di maki hamun, kerana mereka adalah amanah dari Allah untuk kita. Tapi bagi aku selagi aku hidup selagi itu aku akan ambik tahu hal korang sampai korang masuk ke liang lahat(mati). Mana pun kau sembunyi aku akan cari. Aku peduli apa whether u like it or not. I don give a damn to u all. Sekurang kurangnya kita mengumpat pasal korang untuk menjadikan korang anak yang baik bukan untuk menjahanam kan hidup korang. Aku berdoa pada Allah, insya'allah satu hari, di bukakan mata dan pintu hati mereka dan menyedari segala kesilapan yang mereka lakukan. Hanya aku harap jgn dah terlambat baru nak sedar. Nanggis airmata darah sekali pun waktu itu dah tak berguna.

Seperti kata pepatah orang putih:

Nobody will sympathize with a person
who constantly let chances pass by
without making any efforts to salvage them.

We normally don't realize
how important our loved and close ones are until they leave us,
and then we start regretting, which result in misery.
Lost time is NEVER gained again.

Akhir Sekali:

JALAN JALAN PAKAI SELIPAR
MULUT JANGAN CELUPAR
SEKALI AKU TAMPAR DENGAN TEROMPAH
MULUT KAU AKAN KELUAR DARAH.

Tuesday, December 11, 2007

Holiday Di Vietnam


9 Of Us In Front Of The Hotel

Pd Tanggal 6hb Dec 2007, aku ke Vietnam bersama adik ku Asnah dan teman2 nya.
Seron Suami ku tidak dpt menghantar aku ke airport kerana tugas tetapi Azie dan Ira pd awalnya sudah merancang utk menghantar ku. Malangnya last minute azie harus bekerja pd hari itu. Oleh demikian aku terpaksa ke airport sendirian.

Pada hari itu, Azie tidak dapat melihat kepergian ku kerana awal pagi lagi dia sudah ke tempat kerja. Sebelum aku berangkat , aku bersalaman dan berpelukan bersama Nas, Zul dan Ira. Ira tidak dpt menahan sebak didadanya lalu menanggis. Berat rasa hati ini waktu itu, namun aku kuatkan juga kaki ini utk melangkah pergi.

Tiba di airport, kami terus checked in and had breakfast before we depart. At about 12.30, we went to the departure lobby. Di sana kami bergambar sementara menunggu agar kami bisa naik kekapal terbang.


Singapore Departure Lobby

Didalam kapal terbang, kami tunggu agak lama sebelum kapal kami berangkat. Rupa2nya ada passenger yg tidak naik kapalterbang itu. Jadi mereka harus keluarkan luggage beliau dahulu. Maka itu lah penyebabnya.
Perjalanan kami dari Singapore ke Vietnam mengambil masa selama 1 setengah jam.

In An Airplane

Tiba di airport Vietnam, kami mengambil taxi ke hotel. Kami menetap di May Hotel. Dari airport ke hotel mengambil masa 45 minit. Asnah booked driver itu supaya menjemput kami dari hotel ke airport pd hari minggu nanti. Hari waktu kami pulang ke Singapore.


The Taxi That Took Us To Our Hotel

Once we reached the hotel, we checked in. 2 people in each room except my sister, loraine and me in 1 room. Met in the lobby in 1/2 an hour time.


Our Hotel

We had our meal and walked to Binh Tanh Market.


Had Our Meal Here

We did not know how far it was. Bila jln jauh juga seh. The road is full of motocycles, abt 90%. There is no lines on the rd. Vehicles everywhere. So scary when crossing their roads. Hardly see their traffic lights. Zebras crossing everywhere but we have to looked out for vehicles when we crossed bcos they won't stop for u. Scary right.



Sepanjang perjalanan, aku lihat banyak kedai2 yg lama dan yg baru. Ramai org berniaga makanan di tepi jalan. Masak dan makan di tepi jln. Negerinya kotor. Wire di jln2 raya berserabut.

By the time we reached the market,it was late evening. Without wasting our time,we shop till we drop...hahaha!Most of the shops were closing. Everybody was tired n went back to the hotel by taxi at abt 8pm plus, Vietnam time. Had shower n go to sleep. Every one wanted to go back to the market bcos when we reached there, the shops was closing. We shop n shop n shop for 3 days.I bought alot of things there.

Walaupun aku berada di Vietnam namun hati dan perasaan aku tetap pd keluarga ku di Singapura. Aku tak putus2 berhubungan dgn mereka melalui sms. Mlm tu suami aku menalipon aku. Anak2 ku berbual dgn ku seketika. Azie menanggis di talipon kerana dia tidak dpt melihat aku pergi siang tadi. Mereka merindui aku dan aku pun begitu juga.


Just Checked Out And Waited For The Taxi To Come

Pada tanggal 9hb Dec, jatuh pd hari Minggu,kami pun berangkat pulang. Reached airport at abt 5.40pm. Aku di sambut oleh suami dan anak2 ku bersama anak saudaraku Nur miss know all and also her friend Rahim. Azi, Ira, Nur and Rahim waited for me at the arrival hall whereas my hubby, Zul and Nas waited for me at the carpark.

Dari airport kita heading ke East Pt Eatzi utk mkn mlm sempena menyambut kepulangan ku oleh suamiku. Gembira tak terhingga ketika itu dan terubat juga rasa rindu dihati. Ketika perjalanan ke east pt suami ku kata lain kali aku tidak boleh pergi mkn angin sendirian lagi. Aku pun tidak mahu pergi sendirian lagi. Kerana anak2 ku makin dewasa mereka makin mesra dgn ku, maka itu lah yg membuatkan kami tidak boleh berpisah jauh. Alhamdulillah syukur.





Had Dinner At Eatzi East Point

Sepanjang 4 hari itu, aku rasa gembira skali kerana orang2 yg bersama aku ke Vietnam baik2 belaka. They are nice people.I really enjoyed the trip with them.

Aku rasa bertuah kerana di kurniakan anak2 dan suami yg understanding yg membenarkan aku pergi mkn angin sendirian.Thank u guys. I really appreciate that.

Wednesday, December 5, 2007

Packing


Baru habis mengemas beg.Ini lah saja yg aku bawa. Sengaja bawa beg besar kerana jika aku berbelanja di sana boleh isi di dlmnya. Tak perlu bimbit beg banyak2 kan. Esok akan berangkat ke Ho Chi Minh- Vietnam. Akan berada di sana selama 4 hari. Akan pulang pd hari Minggu. Flight esok pd pukul 12.45pm dan harus berada di airport pd pukul 10.45am. Hati gembira kerana dpt melihat negeri org tetapi berat kerana akan berpisah dengan keluarga buat seketika.

Doa kan lah aku selamat pergi dan selamat kembali. To all my family members, i'm gonna miss u. To all my children and my hubby, take care of each other dan jgn gaduh2. Yg dewasa jaga adik dgn penuh kasih syg. Banyak2 besabar dgn adik2. Ira n Nas jgn suka sakitkan hati orang. Kalau buat kerja jgn berkira. Buat dgn ikhlas. Gotong royong dan tolong menolong antara satu dgn yg lain. Jadi lah manusia yg bertanggung jawap. Im gonna miss u guys too. Luv u all.
Ok lah got to go. Nantikan kepulangan ku.

Thursday, November 22, 2007

Remaja



Cantik2 Dan Handsome2 Semua. Harapan aku semuga mereka semua tidak akan megecewakan kita. Insya'allah.

Sebenarnya ada cerita aku ingin kongsi bersama korang semua.
Perkara ini berlaku smlm ketika aku sekeluarga masuk ke bilik masing2 utk tidur. Tiba2 anak aku si Ira panggil aku. Dia suruh aku lihat di tingkap bilik nya kerana ada remaja couple melayu sedang bertengkar di sebuah pondok di belakang blok aku. Ianya boleh dilihat dari bilik anak2 pompan aku.

Pada mulanya memang tidak serious sangat kerana mereka hanya bertengkar saja. Aku lihat si pompan tu terjerit2 meminta hp dia yg berada di tangan jantan tu. Si jantan tu die die taknak kasi balik hp tu. Pompan tu tetap tak henti2 merayu2 kat si jantan tu...kesian aku tengokkan. Lama kelamaan aku lihat si lelaki tu semakin melampau. Dia naik angin gila...dia nak naikkan tangan dia kat pompan tu. Tiba2 aku pun naik angin dan aku terus menjerit kat si jantan tu "oi!" Dia tak jadi lakukan tapi setelah itu dia nak cornerkan budak pompan tu pulak. Aku pun jerit lagi "oi! Aku akan talipon polis" kemudian aku sengaja jerit mcm2 kuat2 supaya dia dengar. Aku memang sengaja. Aku jeritkan " abang, sini bang, tengok si jantan tu nak pukul budak pompan tu!, bawa sini talipon aku nak talipon polis! , kurang ajar punya jantan! Badan aku menggigil ketika itu kerana aku terlalu geram. Sijantan tu punya kurang ajar dia jerit balik kat aku "diam lah!".

Pada pendapat aku kalau dia sudah berani melawan org tua bermakna dia mesti berani utk melakukan apa saja kat pompan tu kan.

Laki aku pun geram lalu dia pun sarung seluar dan t.shirt utk turun ke bawah. Malangnya habis dia bersiap mereka sudah mula berundur kerana ketika sijantan tu jerit kat aku si pompan tu sudah dpt merampas semula hp dia lalau beredar dan di ikuti oleh sijantan tu. Mereka harus melalui bawah tingkap aku. Aku pun jeritkan si jantan tu lagi "Lu kurang ajar lu!".(Wah! aku tak sedar yg aku bercakap mcm rock gitu...hehehe) Kemudian dia suruh aku diam lagi. Alamak aku menggeram dgn dia mcm babi lemak.

Laki aku tetap turun kebawah utk cari mereka berdua. Dia takut si jantan tu akan melakukan sesuatu kat pompan tu. Aku pun bimbang juga. Aku pesan kat laki aku jika sijantan tu mcm2 talipon polis. Jgn kasi dia lepas.

Malangnya laki aku tak dpt cari dorang. Tak tau kat mana dorang dah pergi dgn pantas skali. Dlm hati aku berdoa agar budak pompan tu tidak di apa2kan. Aku juga berdoa agar perkara sebegini tidak akan terjadi pd anak2 kita.

Lihatlah anak2 remaja skrng. Awal2 lagi sudah mahu punya mata air. Kemudian committed
dgn laki2 anak abu yg belum matang fikiran. Yg bertindak tidak gunakan fikiran tetapi ikutkan hati. Once if ur are committed wif them they will start controlling u. Like where ever u go, watever u do, u are wif who now and get jealous over nothing. Isn't it stupid. Belum ada apa2 ikatan sudah buat korang semua mcm slave dia. Tak ada kebebasan sedang kan apa yg korang ingin kan adalah kebebasan kan.

Tapi korang pulak bila laki2 ckp lembut2 kat korang, korang pun cair. Buat semua aper yg dorang suruh.
Bukan kah lebih baik masa muda korang tu di habiskan dgn melakukan perkara2 yg boleh
menjadikan korang manusia yg berguna. Laki2, korang tak paya cari. Allah sudah tentukan. Kalau korang cari skrng pun, kalau dia bukan jodoh korang, korang tak akan kekal. Jodoh yg telah ditentukan oleh allah akan jadi pasangan hidup kau walau pun korang mengelak.

Kebebasan dan kebahagiaan boleh di perolehi dgn cara yg baik. Kenapa yg tak baik juga yg korang buat. Baik dan tak baiknya kehidupan korang adalah korang yg tentukan sendiri. Bila lakukan yg tak baik maka tak baiklah jadi nya. Lebih2 lagi bila melakukan perkara yg against allah's teaching. Bila allah sudah murka, dia akan turunkan mcm2 balak kat korang. Lihat saja skrng, negeri2 yg banyak melakukan maksiat telah di turunkan mcm2 balak. So buka lah mata dan buka lah minda. Jgn lah pilih jln yg tak senonoh.

Berkumpul kat luar bersama teman. Kemudian bercampur pula dgn lelaki. Tak kira lah lelaki tu tak senonoh pun tak per asalkan dia romantik. Boleh melakukan bebas dgn dia. Korang jadi pompan murah pun takper asalkan gembira. Kemudian berjinak2 dgn rokoklah, arak lah. Bila dah kena pukul ker rogol ker nak salah kan siapa?

Korang tau tak lelaki yg baik hanya cari pompan yg baik utk di jadikan isteri bukan pompan murahan yg senang dia dpt.

Mak bapak halang kena maki oleh korang berbakul bakul. Padahal apa yg korang maki tu berbalik pd diri korang sendiri. Itu sbab lah nasib korang akan jadi seperti apa yg korang maki. Besok bila dah susah nak mampos baru cari org tua. Itu pun kalau org tua masih hidup kalau tidak korang nak cari saper?
Tetapi kalau waktu muda korang gunakan dgn pintar, korang akan mempunyai masa depan yg cerah. Korang akan hidup dgn aman dan sempurna.
Apa yg mak bapak lakukan pd anak2 mereka hanyalah utk kebaikan anak2 kerana biasanya, ibu2 especially, akan dpt firasat(instinct) dari allah bcos korang berada 9 bulan didlm perut mak. Tetapi slalu di salah anggap oleh si anak.
Tiada manusia didunia ini yg ditentukan oleh allah gembira memanjang, senang memanjang dan dpt semua yg di inginkan menjadi kenyataan. Terimalah hakikatnya bahawa kehidupan kita ini ibarat roda yg berputar, adakala di atas dan adakala di bawah.



So remaja2 sekarang ingat lah bahawa partly kehidupan kita, kita yg tentukan sendiri. Fikirkan lah apa yg korang ingin jadi dikemudian hari. Ingin jadi baik, buatlah yg baik2 dan lakukanlah yg sebaliknya jika ingin jadi yg sebaliknya.

SESAL DAHULU PENDAPATAN
SESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA

TERLAJAK PERAHU BOLEH DITARIK BALIK
TETAPI TERLAJAK PERBUATAN, TIDAK BOLEH

Tadi aku keskolah bersamA Ani, Ifa dan Basri utk mengambil keputusan PSLE Ifah. Ifah mendapat agregate 222. Walaupun dia tak dpt apa yg dia kehendaki namun aku tetap dpt melihat kegembiraan di muka dia. Dia adalah 1 daripada 6 pelajar yg mempunyai agregate tertinggi di dalam kelas dia. Aku tumpang gembira dgn keputusan dia. I know that she has done her very best. CONGRATS IFAH!

Friday, November 16, 2007

Erra & Hans Isaac

Assalammualaikum semua!
Cuti ku sudah pun bermula hari ini. Aku akan bercuti selama 6 minggu.Bangun awal hari ini kira kira pukul 6.45 pagi.Gorengkan ayam utk onyok kerana hari ini klasnya akan mengadakan party. Hari terakhirlah katakan.
Setelah dia ke skolah, aku pun surf the net. Aku jumpa artikel yg interesting mengenai seorang artis yg tak jujur. Satu cerita benar. Cerita yg anda diluar sana selama ini hanya dpt membuat andaian saja. Artis yg hipokrit. (Cis!Pantang aku org yg hipokrit). Sama sama lah kita baca dan nilaikannya.

Erra Tipu Lagi - Hans Isaac


“SAYA akui, dalam Melodi TV3 baru-baru ini, saya pernah mengatakan, saya tak akan bercakap mengenai perkara (kemelut percintaan bersama Erra) ini lagi. Saya juga dah berbincang dengan Erra, kami tak akan berbincang mengenai isu ini lagi, sebaliknya meneruskan perjalanan seni kita.

Namun, apabila Erra tampil dengan kenyataan terbarunya dalam sebuah akhbar mingguan terbitan 15 Julai lalu, sekali lagi banyak perkara tidak benar mengenai perhubungan kami diperkatakannya. Maruah saya tercalar kerana ada pihak yang mengatakan saya terlalu emosional ketika berhadapan dengan isu ini.


Kenapa saya terlalu emosional? Ketika saya sampai ke rumah Erra di Damansara pada 1 Julai tu, kira-kira jam 12.30 tengah malam, salah seorang saudara Erra, namanya Ayong membuka pintu. Rumah Erra gelap, muka Ayong pula muka orang bangun tidur. Memang tak ada makan-makan pada malam tu seperti yang didakwa Erra sebelum ini.

Jadi, sebagai teman lelaki Erra pada ketika itu, pastinya saya emosional apabila mendapati ada lelaki (Engku Emran) lain di rumahnya pada masa itu. Orang kata kenapa saya emosional, saya marah? Sebabnya saya ada perancangan masa depan bersama Erra, tapi saya dapat tahu, percintaan Erra dengan Emran dah berlaku lama.





Saya pernah mengingatkan Erra, nak bagi kenyataan kepada wartawan, janganlah menipu lagi. Beritahulah cerita sebenar mengenai perhubungan kami. Apa yang penting bagi saya ialah kebenaran. Tapi, nampaknya Erra masih menidakkan perkara sebenar.

Kenyataan Erra dalam akhbar mingguan itu, menyatakan dia berkawan rapat dengan saya bermula hujung 2006, namun ia berakhir Februari lalu. Katanya lagi, entah kenapa dia perlu menjarakkan dirinya dengan saya ketika itu. Tambah Erra, hubungan kami tak boleh lebih daripada seorang sahabat.

Terdahulu, kenyataan Erra dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertarikh 8 Julai baru-baru ini, dia menyatakan, “I admit that I was close to Hans but it was not to the stage of being in love. We were still trying to figure out our compatibility.”



Tapi, bagaimana pula dengan kiriman SMS Erra kepada saya pada 9 Julai 2006 yang antara lain berbunyi, “Sayang, I’m so happy with this trip. It’s a wonderful trip. I love you so much sayang!” SMS yang lain pula bertarikh 30 September, antara lain berbunyi “There’s no one else that I love. Only my sayang. Miss you so much sayang. I want to love you 100 percent and trust you 100 percent”.

Semua SMS itu masih saya simpan dalam telefon bimbit saya, tapi yang penting perhatikan saja tarikh SMS berkenaan dan buatlah penilaian sendiri. Saya boleh tunjuk SMS berkenaan jika ada pihak yang masih mempertikaikannya. Saya dan Erra juga pernah cuti bersama di Singapura dan menyelam skuba selepas Februari lalu iaitu tarikh yang didakwanya sudah mulai renggang bersama saya.

Layari laman web saya, hans-isaac.com dan lihat sendiri gambar percutian kami di Singapura, selain aktiviti selam skuba di Pulau Sipadan dan Pulau Mataking. Kami bercuti di Singapura awal Mei lalu dan menjayakan aktiviti selam skuba sekitar Mac hingga April, baru-baru ini. Nilailah sendiri, sama ada kami bercinta atau sekadar berkawan saja. Sekali lagi perhatikan tarikh percutian kami dan aktiviti selam skuba itu.

Yang peliknya lagi, dalam kebanyakan kenyataan Erra di media sebelum ini, dia mengatakan dia memaafkan saya di atas perbuatan saya pada malam itu (1 Julai) iaitu apabila saya ke rumahnya, mendapati Emran ada di sana dan memukulnya. Kenapa pula Erra perlu memaafkan saya? Bagi saya, tak perlu.


Saya sedia untuk ditemubual kali ini kerana saya tak mahu lagi Erra terus memberikan kenyataan tidak benar kepada media, sekali gus menipu pembaca dan orang ramai.

Saya tak mahu maruah saya terus diperkotak-katikkan oleh peminat Erra atau wartawan yang mempersoalkan kenapa saya terlalu emosional. Soal Erra nak bercinta dengan siapa, terpulang, itu hak dia.

Saya harap ini adalah kenyataan terakhir daripada saya. Erra pula, cukuplah dengan cerita pembohongannya. Janganlah dia terus menipu pembaca dan peminatnya sendiri termasuklah wartawan. Janganlah terus menyalahkan saya, selepas itu memaafkannya, cukuplah.


Wartawan juga janganlah terus mengatakan saya ni emosional. Kalau kejadian seumpama ini terjadi pada diri anda, anda akan tahu sendiri. Ini membabitkan maruah diri dan keluarga. Apabila orang menipu menggunakan nama saya, saya harus berdiri di hadapan dan tunjukkan kebenarannya.

Saya pernah cakap pada Erra, kalau dia terus menipu, saya akan tunjukkan bukti untuk menceritakan keadaan sebenar.

Sementara itu, saya ada satu filem bekerjasama dengan Erra iaitu Cuci apabila saya bertindak sebagai penerbit, pengarah dan pelakon. Cuci dijangka memulakan kempen promosinya penghujung tahun ini. Erra pula digalakkan untuk turut mempromosikan Cuci.


Kehadirannya amat dialu-alukan. Bagi saya, hal peribadi tetap peribadi, tapi apabila tiba waktu bekerja, kita profesional. Ini adalah kerja, tempat cari makan. Seandainya Erra tak datang promosi Cuci, terpulanglah pada dia. Tapi, saya rasa Erra akan beri kerjasamanya kerana dia seorang yang profesional.

Saya harap isu ini akan segera berakhir, penatlah! Sekiranya Erra terus membuat kenyataan penafiannya terhadap segala SMS dan gambar yang disiarkan hari ini, saya akan terus memberikan bukti, ada banyak lagi.

Saya harap Erra jangan buat kenyataan lagi kerana jika ada pembohongan dalam kenyataan seterusnya, keadaan akan jadi lebih teruk. Jangan paksa saya untuk balas balik kenyataannya, kalau terus berlanjutan begini, isu ini tak akan selesai. Jangan gali lubang lebih dalam untuk diri sendiri, cukuplah.”

Wednesday, November 7, 2007

Akhir Tahun


Hi! Kepada semua pembaca2 yg mengenali diri ku dan juga pd yg tak mengenali
diriku.

Hari ini aku tidak skolah. Maklumlah peperiksaan sudah habis. Jadi hari ini adalah hari marking day. Esok pula adalah hari cuti umum Deepavali.Wow! syok juga aku bercuti selama 2 hari. Tapi hari Jumaat harus ke skolah semula. Aku kira2 hanya tinggal minggu hadapan saja lagi utk ke skolah sebelum cuti penggal akhir tahun. Aku harap cuti tahun ini tak ada cik gu yg akan mencari aku. Maklum... guru besarlah katakan...ehem!

Pada hari Sabtu pula aku harus ke skolah kerana Haizul ada orientation. Sedar tak sedar Haizul sudah masuk darjah satu tahun hadapan. Bagaimana agaknya si onyok aku tu masuk darjah satu ya. Sama2 lah kita nantikan.

Hari Raya sudah sampai ke penghujungnya. Lega rasanya.
Babak Raya sudah habis. Kini babak utk persiapan persekolahan anak2 pula yg harus aku hadapi.

Yg ada sudah habis'O' level. Dan yg ada belum lagi. Kepada semua yg mengambil 'O' level, aku doa kan semuga kamu semua mendapat keputusan yg cemerlang. Kita di galakkan utk menuntut ilmu hingga kita ke liang lahat. Ilmu dunia dan juga akhirat. Tanpa pelajaran kita tidak boleh pergi kemana. Tetapi selagi kita berusaha selagi itu lah kita akan berjaya.

Pesanan ku utk anak2 muda zaman ini.Allah maha kaya. Buat yg baik di balas baik, buat jahat di balas jahat. Durhaka pd org tua, Allah akan murka. Setiap yg terjadi pd diri kita adalah balasan dari apa yg kita lakukan. Sama ada yg baru ataupun yg sudah lama. Jadi ingatlah kalau inginkan kehidupan yg baik, buatlah yg baik2.

Akan aku akhiri coretan ini dgn pantun nasihat yg berbunyi begini:

Berakit-rakit kehulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian


Sekian. Wassalam.

Friday, September 14, 2007

Bulan Puasa



Hari ini adalah hari ke 2 kita berpuasa*Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari* Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh* Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri* Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi* Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa saja*

Keluarga aku menyambut bulan puasa dgn ghairahnya* semuga ianya akan berkekalan hingga ke akhir Ramadhan* Yg paling aku terperanjat sekali apabila onyok aku (Haizul) berpuasa penuh selama 2 hari ini* Geli hati aku apabila hari pertama kita berpuasa dia hendak rasa betik yg di potong oleh Ira* Nasib baik dia belum masuk mulut lagi, kita terus ingat kan yg dia berpuasa* waktu itu lagi 10 minit sudah masuk waktu berbuka* Dia pun letakkan betik itu semula dengan tersenyum* Aku rasa dia dah terlupa* Anak2 sebenarnya ghairah berpuasa kerana ingin menyambut Hari Raya*

Tahun ini tidak seperti tahun2 yg lalu, dimana setiap kali ingin menyambut Hari Raya, aku dan suami ku merasa begitu tertekan sekali kerana memikirkan di mana kah harus mencari duit utk menyempurnakan keperluan2 anak2 aku* Aku merasa bersyukur kerana anak2 ku tidak cerewet* Mereka memahami masaalah aku dan membeli keperluan mereka mengikut kemampuan aku*

Semoga bulan yg mulia ini kita sama2 dpt menjalankan ibadah dgn sempurna dan semoga kita menjadi org yg bertakwa kerana sepanjang bulan Ramadhan ini, dibuka segala pintu syurga dan di tutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan*
AMIN!

Thursday, September 6, 2007

Teratai & Lotus

Ini adalah beberapa jenis bunga teratai dan bunga lotus*Cuba lihat perbezaannya dan juga lihat perbezaan pada daunnya*Jika di lihat, memang susah utk kita mengenalinya*Tetapi utk mengenalinya dengan lebih mudah lagi, lihat pd daunnya*

TERATAI (WATERLILY)


LOTUS