
Aku baru pulang dari nonton wayang bersama Azie, Ira, Asnah, Loraine, Leha n Rosli. Cerita nya bertajuk "Muallaf", arahan Yasmin Ahmad.
Beliau merupakan seorang pengarah, penerbit dan penulis kontroversi di Malaysia. Beliau berasal dari Muar Johor dan berkelulusan ijazah sarjana muda psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom. Filem filem arahan beliau adalah "Rabun" in 2003, "Sepet" in 2004, "Gubra" in 2oo5, "Mukhsin" in 2007 and "Muallaf "in 2008.
Kritikan demi kritikan dilemparkan oleh Malaysia pada beliau kerana menerbikan filem "Muallaf" ini. Filem ini tidak diluluskan tayangan nya di Malaysia kerana Yasmin enggan mematuhi badan penapis supaya memotong beberapa adegan penting yg boleh mencetuskan sensitiviti agama di negara itu.
WTH!!!! Macam bagus aje dorang tu semua. Kalau semua adegan penting sudah di tapis...jadi yg tinggal adegan? Lebih baik jgn tengok kan. Anyway its only a film. Just watch it. Kalau baik jadi kan tauladan dan kalau yg tak baik jadi kan sempadan. Yg baik ambik dan yg tak baik buang. Sebelum filem filem Yasmin di tayangkan pun sudah ramai org Islam yg sesat. Sesat atau tak sesat itu terpulang pada diri sendiri. Kenapa harus salah kan org lain. BODS. Diberi akal untuk aper? Berfikirkan. Dulu filem "Gubra" pun gitu. Kecoh pasal ustaz suruh anjing ketepi. Padahal nabi kita dulu dokong anjing ketepi supaya tidak di langgar kereta. Islam di benarkan pegang anjing asal jgn kena hidungnya. Kalau TERKENA hidungnya...sertu ajer lah. Whats a big deal. Sebab itu sebaik baiknya jgn pelihara tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh memegangnya. Jgn tidak memang suka mencari kesalahan org lain. Aku rasa Yasmin lebih mulia daripada kebanyakan org2 yg diluar sana.
Sudah lah...tolong lah... jgn lah nak berlagak alim sangat. Jgn jadi manusia hipokrit. Kalau masuk syurga ke, neraka ke, bukan manusia yg tentukan, tapi Allah.
Cerita cerita filem Yasmin adalah kenyataan dan kebenaran. Juga dari pengalaman manusia2 di dunia ini.
SILA BACA KOMEN DI BAWAH INI WRITTEN BY A MALAYSIAN:
(Kritikan demi kritikan dilemparkan pada Yasmin Ahmad kerana menerbitkan filem kontroversi’ ‘Muallaf ‘ ini. Yasmin Ahmad juga dilaporkan memuji Singapura kerana cepat meluluskan tayangan berbanding Malaysia. Mungkin Yasmin Ahmad menjadikan Singapura sebagai contoh dan sehingga sanggup menerbitkan filem kontroversi yang antara tidak, filem ini seakan-akan menyuruh penonton memahami bahawa semua agama adalah sama.)
PANDANGAN AKU:
Mereka bukan saja tidak faham jalan cerita 'Muallaf' malahan cemburu kerana Yasmin memuji Singapura. Sakit hati. Negeri lslam yg lain pun takde masa'alah utk menayangkan cerita 'Muallaf'. Malahan beliau mendapat pujian yg berbakul bakul. Whats ur problem.
ANOTHER KOMEN FROM A MALAYSIAN TOO:
(Yasmin tu memang jahil tentang agama Islam. Dia pun tak mahu belajar akan agamanya sendiri. Lihatlah dirinya yang tak menutup aurat. Meminta pelakon wanita muda mencukur rambut atas alasan kehendak skrip. Membuat jalan cerita yang merendahkan martabat seorang ustaz dalam filemnya yang lepas. Orang macam ni menghampiri pemikiran kumpulan free tinker. Kemana agaknya Yasmin nak membawa fikiran penonton wayang di negara ini khususnya penonton yang beragama Islam. Teman tak taulah kalau Yasmin tak rasa berdosa akibat mengarahkan pelakon bergaul bebas lelaki perempuan dalam setiap filem arahannya.)
PANDANGAN AKU:
How can they say such thing to her? Apa kena mengenanya dengan tidak menutup aurat. Apa kah pengarah, pengubah dan penulis yg lain ada menutup aurat. Pl....ease!!!!Apakah org yg menutup aurat tu semuanya alim, tak melakukan dosa, penuh dgn ilmu agama didada, tidak melakukan maksiat, tidak bergaul bebas lelaki perempuan? Dan apakah semua wanita yg menutup aurat itu tidak tinggal sembahyangnya dan gerenti akan masuk syurga? Tahukah kamu org yg memakai tudung jika melakukan perkara2 yg keji dan terkutuk adalah lebih besar doasanya daripada org yg tidak memakai tudung. Kerana beliau secara tak langsung telah membabit kan minah2 tudung yg lain dan juga secara tak langsung beliau sudah mempermainkan ugama Islam. Siapa kah kamu yg nak judge who Yasmin is? As if filem filem melayu yg lain tidak ada pergaulan bebas lelaki dan perempuan. Please lah. Buka mata besar2 dan lihat manusia di sekeliling kita dan buka minda tu sikit. Jangan asyik duduk nak mengutuk orang tak habis2. Sebelum kutuk orang cermin diri tu sendiri. Aku rasakan, org2 ni semua kebanyakan nya pak pak lang. Seorang ckp tak suka, yg lain pun sama sama ikut tak suka. Seperti tiada akal dan pendirian sendiri. Kalau dah tak suka dengan orang itu, apa pun orang tu buat, semua nya tak baik. Tapi kalau dia suka dengan orang itu, orang tu menyundal pun dia kata baik.
Jika anda di luar sana yg menghargai, menyokong dan menyanjungi Yasmin, dan ingin mengenali beliau dgn lebih dekat lagi, sila lungsuri ke alamat ini: yasminthestoryteller.blogspot.com
Interview with Yasmin
No comments:
Post a Comment