Saturday, August 25, 2007

Hari Lahir Ku



Hi! Kembalinya aku disini adalah kerana utk menemui anda semua yg kiranya sudah terlalu merindui coretan ku yg telah sekian lama menghilang entah kemana* Sebenarnya tidak kemana2 tetap di sini mengharungi liku2 hidup ku sehari harian*

Terasa diri ini yg sudah tidak diperlukan lagi* Sentiasa di belakangkan* Selalu mendapat cerita dan berita yg sudah basi*
Namun aku tahu aku tidak berhak utk memaksa org utk mmemberitahu aku segala gerak dan langkah mereka*

Jadi kenapa harus aku beritahu org lain apa yg aku lakukan dan kemana aku pergi dan dgn siapa aku pergi* Sedangkan aku diperlakukan sedimikian rupa*
Lalu aku pun bercadang utk mengundurkan diri* Aku bertekad utk menumpukan dan menghabiskan masa aku bersama keluarga ku* Aku lebih kan masa dgn duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama anak2 dan suamiku* Aku juga dpt rasakan anak2ku lebih memerlukan aku ketika ini* Lebih2 lagi anak ku yg sulung* Dia lebih suka diam dirumah sendiri* Dia bakal menghadapi 'O' level tak lama lagi* Aku harus memberi lebih tumpuan kpdnya agar dia tidak berhayal dan terlupa*

Aku tahu org menganggap ku seperti sudah lupa daratan* Tetapi aku tak berkecil hati bagiku org boleh kata apapun yg org suka* Apa pun yg aku lakukan hati ku tetap lurus* Tiada niat apa2pun* Hanya allah saja yg tahu hati kecil ku ini*

Pd tanggal 19th August yg lalu aku diperanjatkan oleh anak2 dan suamiku* Aku diajak oleh mereka ke pusat membeli belah Parkway Parade* Disana aku disuruh utk memilih hadiah hari jadiku* Suami ku menyuruh aku membeli seutas rantai emas disana* Rupa2nya mereka berpakat tanpa pengetahuanku* Aku sungguh terharu setelah berbelas tahun lamanya aku tidak masuk ke kedai emas utk membeli barang perhiasan buat diriku* Suami ku kata anak2 ku berkongsi dgn nya* Dia kata dia sengaja simpan sedikit wang utk hari lahirku*

Pada tanggal 21st August(the actual day) pula aku dibelikan sebuah kek hari jadi berserta sekeping kad yg ucapannya berbunyi begini:
SERON: DEAR ZAI, HAPPY BIRTHDAY. I HOPE THIS YEARS CELEBRATION ARE BETTER THAN THE PAST AND MAY THE FUTURE WILL BE BETTER. LUV U FRM YOUR HUSBAND

AZIE: DEAR MAMA! HAP HAP HAPPY BIRTHDAY! LIKE , OH MY GOSH,SOOO OLD NYAHAAAHAAA!WISH U ALL THE BEST FOR THE FEW REMAINING YEARS YOU HAVE. MAY U BE HAPPY ALL DAY! AND CONTROL THAT TEMPER AITE!

IRA: DEAR MAMA, HAPPY BIRTHDAY TO U!! CARD NI LAWA TAK? LAWAKAN! STYLE PULAK TU SEBAB YAH YG PILIH! HAHAHA! MAMA DAH SEMAKIN TUA SEMAKIN AHEM, GEMUK JADI JGN PEKIK2 TAK BAGUS. CAKAP BAIK2 BARU BAGUS! ANYWAY STAY HAPPY AND SELALU WEAR THAT BLING2! LOTS OF LOVE

NAS: DEAR MAMA. HAPPY BIRTHDAE. STAY HAPPY ALWAYS! LOVE US! TRUST US. AGAIN HAPPY BIRTHDAY.

HAIZUL: I LUV MAMA

U know guys, tahun ini adalah tahun yg paling bahagia sekali mama menyambut hari lahir bersama kamu semua* Mama benar2 tidak menyangka u people save alot juz to buy me a present*thank u so much and I appreciate it alot* Mama bersyukur kerana dikurniakan anak2 seperti kamu semua.I luv u all always*


No comments: