Keputusan PSLE di umumkan pd hari ini, 20hb Nov 2008. Aku ke skolah pada pukul 11.30 pagi bersama Nas, Ira, Ani dan Ifa. Basri sudah pergi dahulu bersama temannya Syaiful. Tiba di sana kami semua pergi ke hall. 6 orang murid yg mendapat agregate tinggi diumumkan nama mereka. Agregate tertinggi yg di perolehi oleh skolah Changkat Primary tahun ini adalah 271. Dua murid memperolehi agregate 271. Mereka adalah teman sedarjah Nasrum. Nas pula memperolehi agregate 231.
Hati aku terharu apabila Nas memperolehi agregate 231. Harapan aku pada Nasrum adalah tinggi kerana dia adalah seorang anak lelaki. Aku kenal anak aku. Dia adalah seorang anak yg bijak. Malangnya dia malas belajar. Dia memang tidak belajar bersungguh sungguh ketika hendak menghadapi peperiksaan PSLE. Dia banyak menghabiskan masa dengan bermain computer game, PSP ataupun menonton TV. Setiap kali aku nasihatkan dia untuk belajar dia tidak suka dan marah marah. Padahal dia bercita cita untuk pergi ke sekolah Victoria tetapi malangnya dia tidak berusaha. Percakapannya tak serupa dengan perbuatannya. Aku sudah sedaya upaya membantunya supaya belajar agar dia dapat pergi ke sekolah yang di kehendakinya. Pada mulanya aku agak kecewa kerana dia tak dapat pergi ke Victoria namun aku tetap bersyukur dengan keputusan yg di perolehinya.
Aku harap agar dia dapat buka mata nya dan jangan ulangi lagi sikap nya yg malas belajar itu lagi.
Pulang dari mengambil keputusan kami semua menuju ke Swensen untuk menjamu selera dan
untuk menghiburkan hati Nas dan Basri. Azie, Haizul dan Bahri jumpa kami disana. Makanan di sana memang sungguh menyelerakan. Tetapi yg penting sekali bagi aku adalah semua bahagia.
Pulang ke rumah, aku berbincangn dgn anak anak aku, sekolah yg hendak di pilih oleh Nasrum. Tanpa lengah lagi, aku pun terus ke website moe dan submit sekolah yg telah kami pilih.
Sekolah sekolah nya adalah:
!st: Ngee Ann Secondary
2nd: Hai Sing Catholic School
3rd: Dunman Secondary
4th: Temasek Secondary
5th: Pasir Ris Secondary
6th: Bedok View Secondary


Basri n Nas yg ceria setelah lulus PSLE


Haizul juga tidak mahu ketinggalan




Ira suka sangat nampak suka sangat nampak

Ani sedang memikirkan masa hadapan Basri
agaknya

Azie tak habis habis dgn brownie dia

Semua sedang enjoy dgn dessert masing masing

Eeemm..Yummmy
