Pada tanggal 21th march, aku bersama kakak kakak ku, adik ku yg comel lotek sorang tu, anak2 ku dan anak2 saudaraku, juga tidak ketinggalan Nabil, anak angkat ani, pergi berkelah ke pulau sentosa. Kami kesana dengan menaiki MRT. Kami tukar MRT dari Outram ke Harbour Front. Dari Harbour Front pula kami ke tingkat 3Vivo City untuk menaiki sentosa express. Mak oi punya lah jauh perjalanan. Tapi tak mengapa, yang penting kami sampai juga akhirnya.
Kami harus mempunyai tiket untuk menaiki sentosa express. Setelah kami semua melepasi entrance masuk ke sentosa express, tiba tiba kami sedari Ifa masih belum lepas. rupa-rupanya Jaja beli tiket kurang satu. Malangnya Ifa lah yg telah menjadi mangsa. Nasib dia tak nanggis. Kalau tidak banjir lah sentosa. Mereka menyuruh Ifa masuk dari bawah saja untuk menembusi entrance itu. Nasib baik Ifa tidak menurutinya. Kalau tidak keesokkan harinya pasti muka kami terpampang di front page New Paper...hahaha! Apabila keadaan sudah lengang, one of the staff datang kepada kami dan menanyakan tentang masaalah kami. Kami pun nyatakan pada beliau lalu dgn baik hati beliau menawarkan diri untuk membelikan Ifa tiket. Lega rasanya kerana Q untuk membeli tiket panjang sekali. Selepas itu segala-galanya berjalan dgn lancar. Kami pun teruskan perjalanan kami ke palawan beach.
Di sana kami jumpa satu spot yg baik. Yg ada mandi laut, yg ada duduk2 saja. Hari itu Mak ikan duyung pun mandi ( tau lah siapa):-)
Ok lah, seterus nya biarlah gambar gambar ini yang akan menceritakan selanjutnya. Marilah kita tatapinya bersama.




















